Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Ciri-Ciri
Masyarakat Maritim Portugal
1. Lokasi di
pesisiran pantai
Portugal merupakan
kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius
melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan
Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik
seperti Lisbon.
Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara
Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu,
Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara,
manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan
ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai
negara maritim yang terunggul ketika itu.
2. Terdapat
pelabuhan pembekal
Portugal mempunyai
pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp.
Portugal menjadikan
pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan
Portugal.
Dalam masa 30 tahun, Portugal
berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di
Itali. Portugal berhasrat
untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah
menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di
Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut
kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu,
dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada
penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang
tengah.
3. Memiliki
pelabuhan entrepot
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal
sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa
pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya
membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga
telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan
kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada
masyarakat Portugal.
Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada
pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
4.
Mampu membuat perahu
dan kapal layar
Masyarakat
maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina
lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina
mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk
perjalanan di Lautan Atlantik.
5.
Mempunyai kemahiran
dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur
Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam
ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam
bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari
Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi
mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai
pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de
Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde
di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai
ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487.
Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan
seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar
ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa
penuh muatan barangan daripada Timur.
Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya
menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di
Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun
melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani
antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan
berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan
Canton di China pada tahun 1517.
6. KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN
Masyarakat maritim Portugal juga
mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan
baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal,
memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
Pelayar Portugal
mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat
dalam peta gaya
baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil
daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting
bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga
mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan
Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan
seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari
garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi
senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan
daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka.
Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan
musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar
perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih
daripada satu kurun.
Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan
meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah
pada masa tersebut .
Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai
sahaja bukannya kawasan pedalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan