1. Sebelum
abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan
masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di
mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah.
Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum
negeri-negeri kecil di Jerman.
2. Selepas
Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka
bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan
Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan
Saxony.
3. Sebelum
tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor
penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara
kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan
dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah
menetap di Amerika.
4. Walaupun
wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud
bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres
Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri
penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama
ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
5. Pada
tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan
ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti
perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai
persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah
menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman
1. Prusia
dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila
William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia
boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah
dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai
tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan
kepada 3 tahun.
2. Untuk
merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu
seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta
Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana
Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan
ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen
menolak permintaan William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif
dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .
3. Sebagai
Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan
memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam
kalangan negeri-negeri Jerman.
4. Untuk
melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan.
Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig
dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai
majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk
mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama
memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan
Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria
diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.
5. Namun
demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak
dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya
di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika
Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula,
Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu
Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.
6. Bismark
mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi
Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi
mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi
kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan
lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan
Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.
7. Bagi
meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila
menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria
melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk
orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7
minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.
8. Tentera
Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian
Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada
kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia
diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan
semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.
9. Prusia
berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman.
Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman.
Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia
sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar
negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan
pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.
10. Dengan
menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan
Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu
Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah
melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya
dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui
Perjanjian Frankfurt.
11. Mengikut
perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti
rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan
Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang
mengandungi 25 negeri kecuali Austria.
12. Pada
18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark
menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai
pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai
diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk
mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.
13. Selepas
berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di
dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar
berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara
Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara
Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga.
Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.
14. Bismark
juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang
mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha
menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor
perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan
sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan