Pembesar di China
Kedudukan
Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.
Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial
Cancelory. Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan
diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar
bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang
dibentuk seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan
Hasil dan Cukai, Jabatan
Upacara serta Adat Istiadat dan Jabatan Penapis.
Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu
pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar
tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh
maharaja. Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar
kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar
yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah
kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab
ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan
kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.
Peranan Pembesar di Peringkat Pusat
1.
Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa
pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran
tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam
memastikan keamanan dan ketenteraman negara.
2.
Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat, maharaja
China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu
Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate
(Lembaga Penapis).
3.
Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3
hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China. Peranan Sekretariat Agung:
a)
Membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6
badan kementerian dalam pentadbiran pusat.
b)
Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam
6 badan kementerian.
4.
Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi. Majlis ini menjadi badan penasihat yang
penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah :
a.
Dibahagikan kepada enam kementerian.
b.
Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang
pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu
akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya.
5. Enam kementerian tersebut
ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga
Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman, dan
Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab
terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.
a.
Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang
pegawai dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu
daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun
awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman. Kementerian ini menyimpan
kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan perbelanjaan
negara dengan baik.
b.
Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang
bertanggungjawab kepada adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan
barangan. Kementerian ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha
dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada
golongan cendekiawan. Kementerian ini
turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja
sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.
c.
Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang
bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan,
dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua
tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
d.
Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan
berasaskan prinsip setiap satu di setiap provinsi.
e.
Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan
dan berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja
pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang
untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal
pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China.
6. Maharaja China menubuhkan
Lembaga Penapis atau Censorate untuk
memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga
maharaja. Ciri-ciri Lembaga Penapis :
(a) Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam
menguruskan surat-menyurat Censorate dan
urusan pentadbiran.
(b) Kuasa utama Censorate terletak
pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi,
penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
(c) Pada zaman Dinasti Ching,
maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56
orang Censorate di wilayah.
Jabatan
ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang
‘curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja
untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan
maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas
perlakuan pembesar berkenaan.
Justeru
jelas menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan
kedudukan maharaja.
Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah
1. Dalam pentadbiran pembesar di
peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik sebagai pembesar
wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman dan
tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Selain golongan
tentera, terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/ Shan-shin
diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran di wilayah. Secara umumnya
jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.
2. Dalam pentadbiran semasa
Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang
dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di
wilayahnya. Hakim bertugas mengawal
undang-undang jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah,
serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah seorang pegawai yang
bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh
ketua jajahan.
3. Dalam melaksanakan tugasnya
memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat bergantung kepada kekuatan
angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua
tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
4. Justeru pembesar wilayah juga
dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus pendidikan
Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:
a)
Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh
pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat.
b)
Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang
berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan menjalankan perintah mahajara.
c)
Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka.
d)
Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain di seluruh empayar atas arahan maharaja.
e)
Menjaga keamanan dan ketenteraman di
wilayah-wilayah masing-masing.
f)
Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan
pusat.
Kesimpulan
Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam
pertahanan negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di
negara China telah menjadikan pemerintahan China mampu bertahan daripada
sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan