Pengenalan
1.
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah
menjadi asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan
ke-17M seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak
dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang
dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh
itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan
pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja
memerintah dengan zalim.
2.
Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di
dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean
Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan
supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal
wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah
negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan
sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Manakala
Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi
ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan
daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi
pendidikan.
3.
Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai
antara negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja
mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali
sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya
berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.
4.
Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui
pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya
dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan
pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri
yang berwibawa.
5.
Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada
golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini
mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di
Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah
memperkenalkan beberapa dasar seperti:
a) Dasar
Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara
kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang
berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le
Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban
(Menteri Ketenteraan).
Louis juga menggunakan menteri yang
bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi
Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran
dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi
seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana
besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan
pelukis-pelukis terkemuka
mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana
yang besar.
Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen
daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan
sokongan raja.
Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri
yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan.
Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh
seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
b)
Dasar Ekonomi
Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme
untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar
Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan,
mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga
kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan
kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.
c) Dasar Ketenteraan
Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah
mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke
atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas
bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera,
menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan
pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis
muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
d) Dasar Agama
Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa
golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik.
Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan
kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja
pada 1685.
Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu
penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.
e) Dasar perluasan wilayah
Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan
Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah
seperti Spanish Netherlands dan United Province.
6.
Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan
untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah
kewangan Perancis dengan mengenakan
cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.
7.
Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan
parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang
memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet
Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi
yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya
ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu,
tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV.
8.
Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen
Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya
Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan
Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah
bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan
Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.
9.
Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut
konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan
kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka
turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin
oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
10. Pada
14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan
Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di
kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis
sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan
Perancis.
11. Perhimpunan
Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan
istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua,
menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa
gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di
Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”.
12. Pada
26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan
kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk
bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang.
13. Menjelang
tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan
ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan
badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja
berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar
menjadi republik.
14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan
pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah
diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman
ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah
Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong
raja akan dihukum tembak atau pancung.
15. Raja
Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat
gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh
penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis
pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh
Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan