
Revolusi perindustrian
mempunyai beberapa maksud seperti
perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga
mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam
bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini
melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan
mesin pengeluaran dan proses kimia.
Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri
wujud selepas berlakunya Revolusi
Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada
tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang
ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria
kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan
mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem
ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara
persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi
Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian)
kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar
urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada
pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda,
pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya
pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan
jurutera.
Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian
di England.
1.
Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian
telah menambahkan pengeluaran makanan di England.
2.
Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan
tertua di England telah mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk
menghasilkan barangan tekstil.
3.
Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal
yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang
banyak seperti arang batu dan bijih timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh
empayar England di luar negara.
4.
Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut
menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran
yang tersedia sama ada dalam negara dan empayar luar England.
5.
England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana
mempunyai hasil kekayaan yang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England
juga muncul sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana
tidak mendapat persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti
Perancis dan Jerman.
6.
Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem
aristokrat yang terbuka iaitu golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa
yang banyak, memiliki kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka
ini golongan pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat
antara kedua-duanya.
7.
Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan
agama bermazhab protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di
England) terhadap pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian.
Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi perindustrian di England
dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga memperkenalkan
kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.
8.
Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin
menyemai benih, mesin pembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin
memukul yang menggunakan kuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi
perindustrian di England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan
penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil
yang berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor
industri.
Ciri-Ciri Masyarakat
Industri di England
1. Kemajuan dalam sistem pertanian
-
Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran
tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu.
Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar
melalui Akta Pemagaran Tanah.
-
Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah
diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui
penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti
lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen
dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
-
Petani juga turut memperkenalkan sistem
pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan
yang sama.
-
Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera
seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
-
Pengenalan baja kimia
-
Coke of Holkham memperkenalkan sistem
pengurusan ladang yang lebih moden dan
tebus guna tanah secara heavy manuring
2. Masyarakat yang berasaskan kepada
perindustrian
-
Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan
mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
-
Perindustrian besi telah membawa kepada
kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
-
Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah
digunakan untuk mengendalikan jentera
3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan
-
Masyarakat industri
juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan
raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
-
Pembinaan kapal
menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802
menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
-
Pembinaan lokomotif
pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem
pengangkutan lebih lancar.
-
Landasan kereta api
yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di
Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England
4. Penghijrahan dan pertambahan penduduk
-
Masyarakat industri
menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan
mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di
bandar-bandar terutamanya London
-
Selain itu kemajuan
infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke
bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah
Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
-
Penghijrahan
penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
-
Kehidupan penduduk
yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang
ketara di negara berkenaan.
5. Perluasan perdagangan antarabangsa
-
Masyarakat industri
juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan
penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil
telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.
-
Demi untuk
meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import
bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
6. Perubahan gaya hidup
-
Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa
kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan
pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
-
Justeru masyarakat yang tinggal di bandar
harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material
dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.
7. Masalah pencemaran dan kesihatan
-
Industri perkilangan menyebabkan berlakunya
pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
-
Pencemaran air menyebabkan merebaknya
pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
-
Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada
1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat
8. Kemunculan kelas baharu masyarakat
-
Selain kelas pekerja
wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan
jurutera.
-
Pertumbuhan ekonomi
yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan
kelas pertengahan.
-
Golongan ini
mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk
menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.
9. Kemunculan golongan proletariat
-
Kesan daripada akta
Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh
pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak
memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke
bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan
proletariat.
-
Pekerja-pekerja ini
terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar
upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
-
Kebajikan pekerja
yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan
telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan
untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
-
Sehubungan dengan
itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong
1842.
10. Kelahiran idea-idea baru
-
Masyarakat industri
maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang
kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
-
Hasilnya lahirlah
pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan
agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan
meningkatkan kebajikan rakyat.
-
Manakala pemikir
terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat
kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi,
mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan