Rabu, 13 November 2013

PENGGAL 1 TEMA 2 PENYATUAN ITALI



Pengenalan

 

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian  Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih di kuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah  pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali  Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.  Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.
Proses Penyatuan
1.      Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.
2.      Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon   memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas. Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat  yang sama seperti golongan aristokrat.
3.      Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
4.      Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali  dikuatkan lagi dengan sentimen anti- Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera & Legnano.  
5.      Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang  secara terbuka dengan penjajah Austria agak  sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.
6.      Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.
Perjuangan Mazzini
1.      Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan  seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.
2.      Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert. 
Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor
1.      Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia).
2.      Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.
3.      Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja.
4.      Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .
5.      Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal.
6.      Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.
7.      Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.
8.      Kekalahan Austria telah  memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri
9.      Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan Sardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
10. Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.
11. Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.
12. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi   pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.
13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir  Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom.
15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...