Raja Henry VII - Pengasas Dinasti Tudor Di England |
1. Selepas
Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan
kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah
negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja
berkuasa mutlak.
2.
Negara
bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja
dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15
dan England berada di bawah pemerintahan
beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang
Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor
yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu
Elizabeth I.
3.
Mengikut
sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya
untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi
undang-undang negara.
4.
Sepanjang
pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa
pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak
membelakangkan parlimen.
5.
Dasar-dasar
pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan
perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu
Elizabeth I diterima oleh rakyat.
6.
Namun
demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan
beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum
bertukar kepada raja berpelembagaan. 

Perkembangan
Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak
1. Selepas
tamatnya Perang
Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat
kerana
ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak
yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan
yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor
adalah
berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk
mengawal
kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja
dalam
melaksanakan pemerintahan mereka
2. Raja-raja Tudor dapat
bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri
daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of
Common (knight, orang kaya dan peguam).
3. Pada abad ke-17, muncul
golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada
golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya
dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula
berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of
Lords.
4. Pada abad ke-17 juga,
wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut
Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican
(gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian
(Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England
daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada
kawalan politik.
5. Golongan puritan menjadi
semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam
ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau
istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani
dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan
anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
6. Selepas berakhir Dinasti
Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart
(1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar
pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa
penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa
tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).
7. Raja James I merupakan
raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan
bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak
seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan
sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.
8. Pemerintahan Raja James 1
mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana
baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik.
Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan
kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan
puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang
membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi
hubungan Raja James I dengan golongan puritan.
9. Ketegangan hubungan ini
telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan
baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih
memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun
1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi
parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang
baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
10. Akibat tidak berpuas hati
dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan
kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan
Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini
baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara
terbuka di parlimen. Sehubungan itu,
baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama
11 tahun.
11. Raja Charles I telah
mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan
sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula,
Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam
gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.
12. Pada tahun 1639, Raja
Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan
yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan
baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru
ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
13. Pada tahun 1642, rusuhan
telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British
bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku
pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau
parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah
pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645
dan tahun 1648.
14. Raja Charles I telah
dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik
dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan
dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap
mengancam pemerintahannya.
15. Pada tahun 1658, Oliver meninggal
dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun
dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak
mendapat sokongan parlimen dan tentera.
Perkembangan
Raja Berperlembagaan di England
1. Sistem pemerintahan raja
berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas
berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang
besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688.
2. Raja Charles II telah ditabal
sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti
mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti
iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh
golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan
masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di
England ketika itu.
3. Selepas Raja Charles II
meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih
cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James
II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah
ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang
(1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
4. Parlimen meluluskan Toleration
Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.
5. Toleration Act bertujuan
mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan
di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan
berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian
serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
6. Raja berperlembagaan di
England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan
tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan
undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk
campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang
7. Kedudukan parlimen menjadi
semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada
1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak
menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang
mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem
pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara
raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara
langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
8. Raja boleh menghadapi Petition
of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk
kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan
sesuatu tindakan yang diambil oleh raja
9. Oleh yang demikian pada
1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal
sehingga hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan