Masyarakat
Agraria di China
Pengenalan
Negara China
merupakan negara ke-3 terbesar di dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah
kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk pertanian. Walau
bagaimanapun, hasil pertanian mampu menampung makanan penduduk China. Keadaan
ini didorong oleh faktor berikut
i. Sebahagian besar negara China terletak di kawasan
hawa sederhana
ii.Terdapat
kawasan perubahan iklim dari kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai
jenis tanaman.
• Kawasan tertinggi: Dataran
Tibet
•
Contoh gurun di
China: Gurun Gobi [Utara] dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China
1.
Pertanian menjadi kegiatan utama
Semasa
zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80% penduduk desa bercucuk tanam. Timur
Laut China dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur untuk
aktiviti pertanian. Kawasan ini turut direntangi oleh Sungai Hwang Ho
dan Sungai Yangtze.
Tanaman utama petani China ialah padi dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan
barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi]
padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.
Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil
keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan
cukai maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat agraria mengamalkan pemilikan tanah yg diterajui oleh
pembesar / tuan tanah.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.
3. Mengamalkan pertanian secara
bersama.
Golongan
petani di China mengamalkan pertanian secara bersama [hak individu
diketepikan]. Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem warisan iaitu dari
satu generasi ke generasi berikutnya.
4. Guna
kaedah tradisional
Petani China masih menggunakan kaedah tradisional dalam
pertanian. Sebagai contoh, najis binatang dijadikan sebagai
baja. Walaupun demikian, hasil pertanian tetap banyak.
5.
Petani tidak ada simpanan
Malang bagi
petani, walaupun hasil pertanian meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan
untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau tanaman tidak menjadi. Petani
masih dihimpit kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup mereka mengamalkan
aktiviti berikut;
- Mencari hasil hutan
- Jual anak perempuan [hamba]
6.
Petani tetap miskin
Walaupun
tanah subur dan petani cekap, mereka tetap dihimpit kemiskinan. Rumah mereka
hanya berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput, tidak ada tempat
berdiang, pakaian daripada benang kapas dan makanan sekadar cukup. Pendapatan
petani hanya cukup untuk membeli benih, perkakasan pertanian, mengadakan majlis
perkahwinan dan kematian.
Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian
Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa pembaharuan
telah dilaksanakan untuk
meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan tersebut termasuklah;
a. Peningkatan penggunaan sistem
pengairan
b. Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
c. Peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah digunakan.
d. Memperkenalkan kaedah tanaman bergilir dalam skala besar.
e. Perkenalkan baka padi baru yang cepat masak [[baka padi dari Vietnam
Selatan] bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka baru ini tidak
memerlukan banyak air dan sesuai ditanam di kawasan berbukit.
f. Penggunaan baja
g. Tanaman dari Asia Barat seperti
kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu,
dasar pemerintah China yang mengutamakan bidang agraria juga menyumbang kepada
peningkatan hasil pertanian. Pemerintah China menguatkuasakan pungutan cukai
tanah yang rendah iaitu 1/30 kepada 1/50 daripada hasil pertanian. untuk
menggalakkan aktiviti pertanian.
Kesan
dasar yang diamalkan
Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintah China
telah membawa banyak faedah seperti;
i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil pengeluaran pertanian bertambah.
ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan sistem barter digunakan.
iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal dan dijual di pasar besar.
v.
Pertumbuhan industri swasta ekoran perkembangan bandar seperti Nanking
dan Beijing. Contoh industri berskala kecil yang berkembang pesat ialah
pengeluaran kertas, sutera, kapas dan porselin. Perkembangan industri porselin
memberi sumbangan kepada perbendaharaan negara. Kiangsi muncul menjadi
pusat pengeluaran porselin.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan aktiviti
pertanian. Sokongan pemerintah, kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar
pertanian yang diperkenalkan berjaya meningkatkan hasil pertanian sekaligus
merancakkan perkembangan ekonomi China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan