Masyarakat Agraria di Belanda
Pengenalan
Pada
abad ke-16, kawasan utara
Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan
secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2
lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini
tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg
dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3
bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan
kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.
Pada
abad ke-17, berlaku Revolusi
Pertanian di desa. Jumlah
tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian
1. Hasil pertanian bertambah.
2. Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus
meningkatkan jumlah simpanan makanan bertambah.
Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.
3. Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan
pengairan kawasan pertanian.
4. Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan
kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan bijirin].
5. Tanaman
utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga
dan jagung turut diusahakan.
6. Petani di Belanda
turut menternak binatang
seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.
7. Industri
tekstil turut berkembang.
Masyarakat
desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar
mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini
kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri
tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri
kain berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula muncul
sebagai bandar utama pengeluar industri linen.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan
Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat
dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda
mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari
Baltik.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan.
Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama.
Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga
pasaran yang mahal.
Orang
Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti
tinggi,
tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap
terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England, Perancis dan
Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan