Pengenalan
Pertambahan penduduk
juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di
kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin
ramai telah membawa pertambahan dalam
peluang pekerjaan di kawasan industri.
Longgokan sumber
bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di
Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan
bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.
Ciri-ciri masyarakat
industri di Jerman
1. Kemajuan
dalam sistem pertanian
-
Kemajuan
teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah
pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
-
Kemajuan
dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya
melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam
mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis
Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan
(kimia)
-
Selain itu petani juga turut memperkenalkan
sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman
bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
2. Perkembangan
perindustrian
-
Pembukaan
lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada
kewujudan masyarakat industri.
-
Kemajuan
dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup
-
Kemajuan
dalam industri tekstil khususnya di Berlin
-
Ciptaan-ciptaan
baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia
dan elektrik.
3. Kemajuan
dalam sistem pengangkutan
-
Masyarakat
industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.
-
Kemajuan
yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam
sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
-
Borsig
telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh
pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
4. Perdagangan
antarabangsa
-
Pada
tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang
menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
-
Daripada
perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan
perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.
-
Pada
tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan
arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.
5. Kemajuan
dalam sistem kewangan
-
Pada
tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join
stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
-
Sistem
perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank
utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart
(1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)
-
Melalui
sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke
18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
-
Penyaluran
modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang
dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.
-
Selain
itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila
menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
6. Dasar
kerajaan
-
Kewujudan
masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang
menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga
mahir.
-
Undang-undang
insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883
-
Selain
itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung
oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan
-
Kerajaan
juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran
rakyat
-
Seterusnya
kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
-
Kerajaan
Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah.
Soalan-soalan Perbincangan :
1. Bandingkan
definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan Jerman antara
abad ke-18 hingga abad ke-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan