
Shogun Yoritomo mula
mengasingkan pemerintahan Jepun daripada Kyoto. Semasa
Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan
Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga
Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja.
Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.
CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL
DI JEPUN
Sistem feudal juga dapat dilihat dengan
jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di
bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat
dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun 1185 hingga
1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto menjadi
keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini
mampu membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan oleh maharaja dan mereka
turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto,
Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan
jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo
merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di
bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem
sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa
perubahan besar dilakukan.
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali
(2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman
Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada
keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19.
Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate
persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan
estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan
golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira
(buke). Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura
dan hasil daripada ketaatsetiaan ini
menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito
serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
Sehubungan itu kita dapat melihat sistem
feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara
satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan
birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab
menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
Selain itu perjalanan sistem feudal di
Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud
keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani ,
manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan.
Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun
begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat
berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
Golongan tentera mempunyai kebolehan
yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan
sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau
menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan
ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada
kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak
berfungsi sebagaimana sepatutnya.
STRUKTUR masyarakat feudal Jepun
Maksud/Konsep:
Feudalisme
bermaksud satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara
tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Dalam sistem
feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah milik raja dan golongan
pembesar tidak mempunyai tanah.
Sistem
feudalisme di Jepun pada zaman Keshogunan Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada
beberapa kelas dan berbentuk piramid.
Struktur masyarakat di Jepun terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai.
Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada petani (nomin), tukang-tukang mahir
(artisan) dan saudagar (chonin). Sistem
ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
Golongan
Pemerintah.
1.
Maharaja Jepun
Dalam
hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Konsep
pemerintahan bermaharaja di Jepun tidak sama dengan sistem bermaharaja di China
iaitu di Jepun tidak ada pengamalan konsep “mandat dari syurga”. Maharaja di
Jepun dianggap sebagai ketua negara, namun bermula abad ke-12 kuasa
pemerintahan dipegang oleh Shogun. Maharaja hanya dikenali sebagai simbol
kerajaan atau sebagai boneka sahaja. Maharaja dianggap sebagai pemerintah
keduniaan dan dan kerohanian. Maharaja juga dikatakan dari keturunan dewi
matahari (amateresu).
Shogun
Tokogawa telah mula memerintah Jepun bermula tahun 1603. Semasa pemerintahan
Shogun Tokugawa, Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Maharaja
hanya dinggap sebagai simbol perpaduan rakyat. Kuasa pemerintahan sebenar
terletak ditangan Shogun.
Maharaja
Jepun telah ditempatkan jauh dari pusat pemerintahan Shogun di Edo. Maharaja
tinggal di kawasan yang terpencil di Kyoto dan duduk di dalam istana yang
dikelilingi oleh tembok dan golongan Kuge (pegawai istana). Kerajaan yang diperintah
oleh Maharaja dikenali sebagai Kerajaan Mikado.
Namun,
kedudukan dan kekuasaan Maharaja Jepun mula mengalami perubahan apabila
Maharaja Mutsihito menaiki takhta Jepun yang kemudian menggunakan gelaran
Maharaja Meiji (bermaksud sinar menyinari). Kuasa Maharaja telah dikembalikan
semula oleh pemerintah Shogun Tokogawa yang terakhir iaitu Yoshiinobu
2.
Shogun Tokogawa
Kuasa
pemerintahan sebenar di Jepun terletak ditangan Shogun, bukannya dipegang oleh
Maharaja. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan
kedudukan Shogun terjamin. Kerajaan yang
diperintah oleh Shogun yang berpusat di Edo (kemudian ditukar kepada Tokyo pada tahun 1869)
dikenali sebagai Kerajaan Bakufu (Kerajaan Ketenteraan).
Shogun mempunyai autoriti pentadbiran tertinggi
meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. Shogun sangat dihormati,
ditakuti dan digeruni. Shogun menguasai hampir seluruh tanah
di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara.
Shogun
telah membahagikan kawasan pemerintahan
berdasarkan golongan bangsawan
atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya
ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa.
3. Daimyo
Daimyo merupakan
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa di
Jepun. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo
Shimpan dan Daimyo Tozama.
Daimyo
Fudai ialah ahli
keluarga Shogun Tokugawa dan sekutu-sekutunya, dan mereka telah dikurniakan
tanah yang berhampiran kediaman Shogun di bahagian tengah dan utara
Honshu. Mereka akan membantu Shogun menguasai pemerintahan di Jepun. Daimyo
Fudai merupakan penyokong kuat Tokogawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak
keistimewaan seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negara dan ditugaskan
mengawasi daimyo Tozama.
Daimyo
Shimpan juga dikenali
sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga
Tokugawa yang utama dikenali sebagai “go-snake” atau “tiga rumah”
kepunyaan anak Iesyu yang terletak di daerah Qwari, Kii dan Mito. Mereka diberi
tanah tidak jauh daripada Shogun.
Daimyo
Tozama juga dikenali
sebagai daimyo luar iaitu tuan-tuan tanah feudal yang terpaksa tunduk kepada
Tokugawa dan mereka sentiasa memusuhi Shogun. Oleh itu Shogun telah
melantik daimyo Fudai untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk daimyo Tozama. Mereka
telah ditempatkan jauh daripada Shogun, dilarang
memegang jawatan diperingkat pusat kerana dicurigai sebagai penentang.dan
dilarang memasuki istana untuk mengelak
ancaman daripada mereka. Daimyo Tozama terdiri daripada puak suku-suku Barat
seperti Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen.
4. Samurai
Samurai
pula merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam
masyarakat Jepun. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan menjaga
kepentingan Daimyo dengan tidak berbelah bagi.
Mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun negara dalam keadaan aman. Oleh
itu, ketika negara berkeadaan aman dan tiada peperangan maka kehidupan golongan
Samurai akan ditanggung oleh golongan petani. Zaman aman peranan samurai
berfungsi sebagai pentadbir ladang wilayah, menguruskan kewangan, mengawal
dusun, pengawal dan utusan.
Golongan
samurai terbahagi kepada 3 kelas iaitu kelas teratas iaitu golongan yang
mempunyai pertalian darah atau berkhidmat lama dengan daimyo dan bilangannya
sangat kecil serta mempunyai tanah. Kelas sederhana iaitu taraf samurai penuh
dan mempunyai bilangan sangat ramai. Manakala samurai kelas rendah pula sangat
besar jumlahnya dan dijadikan sebagai tentera berjalan kaki. Mereka hanya boleh
mengisi jawatan rendah dalam kerajaan dan ekonomi
Golongan
Diperintah
5.
Petani (nomin)
Dalam golongan
yang diperintah, golongan petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi
berbanding dengan golongan diperintah lain. Hal ini kerana Jepun adalah sebuah
negara pertanian yang tidak mengadakan perhubungan dengan negara luar berilutan
pengamalan dasar tutup pintunya.
Golongan
petani merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun serta
membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan mereka diberi upah hanya
secukup makan sahaja kerana hasil keluaran beras dikhususkan untuk negara. Akibat
pengamalan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada
beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
Golongan petani dikenakan sistem kerah iaitu mereka dikerah untuk
mengangkut barang pertanian melalui sepanjang Jalan Tokaido dengan melalui
beberapa tempat sekatan bagi membolehkan pegawai (pengitip takafu) menjalankan
pemeriksaan ke atas petani yang melalui jalan tersebut. Sekiranya petani
melalui jalan lain, petani akan dikenakan hukuman yang berat. Mengikut sistem
kerah, setiap kampung akan menyediakan sebilangan lelaki dan kuda sebagai
kenderaan rasmi dalam masa 3 bulan pada musim bunga dan 3 bulan pada musim
buah.
Kerja paksa ini adalah satu beban dan menyusahkan petani-petani malahan
mereka sering tertekan dan dikenakan cukai yang berlebihan. Masyarakat petani
juga mendapat pendidikan hal ini kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat
mementingkan pendidikan.
Tuan-tuan tanah telah menyediakan sekolah-sekolah kampung (terakoya) di
kampung-kampung. Terdapat hampir 60 ribu terakoya telah didirikan untuk
keperluan anak petani dan diberikan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira.
Apabila ekonomi wang berkembang maka golongan petani telah bertukar kepada
kegiatan lain seperti membuat sutera, kertas, lilin, menekup dan lain-lain.
Mereka juga merebut peluang untuk menjadi peruncit, peminjam wang, menenun dan
membuka kilang kain. Biarpun sesetengah mereka mencapai kekayaan tetapi tidak
mudah bagi mereka mendapat pengiktirafan sosial.
6.
Artisan (tukang-tukang mahir)
Golongan
artisan berada di bawah petani dan mereka mempunyai kemahiran dalam pembuatan
pedang. Selain itu, mereka juga terdiri
daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang timah,
penenun, pembuat kertas dan lain-lain.
Tukang-tukang
yang mahir akan diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik, seperti
tukang kayu telah diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan menggunakan
pedang. Pendapatan golongan artisan lebih tinggi daripada petani walaupun
status mereka lebih rendah dan agak sukar bagi mereka mengubah taraf sosial.
Manakala
petukang-petukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan
buruk dan bekerja untuk daimyo.
7.
Pedagang (chonin)
Kelas
pedagang (chonin) terletak dibawah golongan petani dan artisan serta mereka
dipandang rendah kerana pekerjaan mereka dianggap keji. Namun keadaan aman di
Jepun telah menyebabkan ekonomi Jepun telah berkembang dan para pedagang telah
berjaya mengumpul harta yang banyak. Pada tahun 1760, terdapat kira-kira 200
keluarga saudagar yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar
daimyo.
Mereka
telah menguasai perniagaan tempatan yang komplek seperti jualan barang,
gudangan, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka
juga menguruskan spekulasi pelbagai jenis perniagaan. Mereka sentiasa mengekalkan
harga yang tinggi dan mengaut keuntungan yang besar.
Mereka menjadi kaya raya walaupun status mereka kekal di bawah dalam sistem
feudal. Mereka kemudian telah
memperbaiki status diri mereka. Antara keluarga saudagar yang terkenal ialah
Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka ini telah memperkenalkan budaya pengurusan
baru yang kemudiannya menjadi syarikat besar.
Kesimpulan
Pada abad
ke-19 dan ke-20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah sistem
feudal di Jepun. Sejak sekian lama, negara Jepun telah melaksanakan dan
menerima sistem feudal sebagai sebahagian daripada sistem sosial mereka. Di
Jepun tidak berlaku moboliti sosial di mana status sosial mereka kekal sehingga
pemodenan Meiji.
Peranan
pembesar mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun mereka meletakkan
maharaja sebagai yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kesan daripada
perubahan-perubahan yang berlaku pada abad ke-19 dan ke-20 telah menyebabkan
sistem feudal menerima tekanan yang cukup besar.
Pengaruh
Barat yang hadir di Jepun telah menyebabkan sistem feudal dianggap sebagai
sistem yang tidak sesuai lagi. Selepas pemodenan Maharaja Meiji, negara Jepun
mula berubah menjadi negara yang moden setanding dengan negara Barat dan ini telah
menyelamatkan mereka daripada dijajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan