Di
negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara
kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan
mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi
kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan
tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan
sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri (kerajaan tempatan).
Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara
Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika
Syarikat.
Kerajaan Kesatuan Di Perancis
Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam
semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh
membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah.
Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:
1.
Kerajaan pusat mempunyai
kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.
2.
Untuk memudahkan
pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa
wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini
merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik
oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi
iaitu pemerintah pusat memiliki
kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah.
Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.
Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan
iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan
antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala
keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan
dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya
tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan
pentadbiran dengan keperluan semasa.
Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara
seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar
dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak
begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh
dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah
banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah
dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah
ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.
Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal
dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu
negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap
wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada
commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang
dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada
Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan
tempatan.
Disetiap
department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya
dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi
tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.
Commune
pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar
(Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis
Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan
permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran
perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar.
Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar
jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun
segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau
dibatalkan oleh kerajaan pusat.
Commune
merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk
tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya,
polis tempatan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan