Peta Amerika Syarikat Yang Mengandungi 50 Buah Negeri Pada Tahun 1850-an. |
1.
Persekutuan berasal
daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian.
Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu
perlembagaan pusat.
2.
Sistem persekutuan adalah
satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan
negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.
3.
Walaupun negeri-negeri ini
berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk
mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.
4.
Amerika Syarikat
merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang
pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah
menjadi 50 buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua
kerajaan.
PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT
1.
Sebelum tertubuhnya
kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan
membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis,
Belanda dan British.
2.
John Cobat merupakan
orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey
Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan
kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak
sesuai untuk pertanian.
3.
Pada tahun 1607, Kapt.
John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki
kubu-kubu pertahanan di Jamestown
dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih
ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran
kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan.
4.
Pada tahun 1620, golongan
puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat bantuan orang Red
Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih
kepada tuhan.
5.
Kedatangan orang British
semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka
penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630),
Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina
Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664),
Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).
6.
Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai
koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di
Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui
Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian
mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi
mendapat bantahan penduduk koloni.
7.
Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini,
sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta
pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan
slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah membimbangkan
Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.
8.
Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual
teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak
boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada
tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang
kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan
Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup
pada tahun 1774.
9.
Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk
di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept.
1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan
sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai
pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap
Britian pada tahun 1775.
10.
Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April
1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui
pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang
merdeka.
11.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh
tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun
1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian
mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.
PENGUBALAN PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT
1.
Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri
telah bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin
Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan
George Mason.
2.
Di bawah perlembagaan ini:
a.
Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan
b.
Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting
seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang.
c.
Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa
negeri masing-masing
d.
Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada
eksekutif, perundangan dan kehakiman.
3.
Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah
diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington telah dilantik menjadi Presiden
Amerika Syarikat yang pertama.
4.
George Washington bertindak untuk mewujudkan
perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas
Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan
oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara
negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun
1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington.
5.
Bangunan Capitol dan White
House
telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan demokrasi rakyat
Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800.
6.
Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah
meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju
ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika
mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan
Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah
menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.
7.
Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika
terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga
munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep ‟Amerika untuk orang Amerika” pada
tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara
daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan
bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar
doktrin ini.
8.
Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang
daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian,
perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai
sempadan negeri seperti hari ini.
9.
Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan
pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada
tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara)
dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini
meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan
menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan
Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan
pusat.
10.
Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah
diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera
selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai
1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur
yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata ‟...kerajaan daripada rakyat,
oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.
11.
Perang saudara ini telah banyak memberi kesan
seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di
Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.
12.
Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah
membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai
bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang
perindustrian, pertanian dan pengangkutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan