4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua.
A. Pengenalan (2 @ 3 M)
1. Sistem pendidikan zaman penjajahan merupakan titik permulaan kepada
perubahan tradisi di Tanah Melayu.
2. Semenjak campur tangan British di negeri-negeri Selat iaitu Pulau
Pinang,Singapura dan Melaka,mereka telah memperkenalkan corak pendidikan
British-Sekolah vernakular.
3. Terdapat 4 aliran sekolah di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu,Sekolah
Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.
4. Sekolah Inggeris yang pertama,Sekolah Penang Free (Penang Free School)
yang didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1816.
B. Isi (20 M)
1. Sekolah Melayu
a) Mula pertengahan kurun ke-19,sekolah Melayu mula ditubuhkan.Sekolah
Melayu pertama ditubuhkan pada 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
b) Pada 1855,sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas.Pada
1856,dua buah lagi sekolah Melayu ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk
Belanga dan Kampung Gelam.Seterusnya sembilan buah sekolah di Melaka
(1858-1863).
c) Sekolah-sekolah Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa pelajar Melayu
terutamanya di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu kerana mereka berasa
curiga kerana mata pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak
jauh dari Bandar.
d) Langkah yang diambil oleh British adalah dengan mengadakan mata
pelajaran agama Islam dan al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah
Melayu.Kerajaan British juga mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak
menghantar anak ke sekolah dan pembesar diminta mengarahkan ibu bapa
menghantar anak mereka ke sekolah.
e) Langkah ini berjaya.Pada tahun 1909,jumlah murid meningkat hampir lapan
ribu orang.Apabila adanya enakmen yang mewajibkan anak-anak lelaki
Melayu yang berumur 7 hingga 14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya 3 ½
tahun jika berada dalam lingkungan 3 km dari sekolah.
f) Dasar pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan oleh British ini
adalah untuk memberi pendidikan minimum (3M-membaca,menulis,dan
mengira) dan untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
13
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
g) Kurikulum (Bahasa Melayu-Jawi,Matematik Asas,Ilmu Kesihatan,Ilmu
Alam,Sejarah,berkebun pada sebelah pagi dan agama,al-Quran pada
sebelah petang).
h) Kerajaan British menubuhkan beberapa maktab perguruan Melayu (Maktab
Perguruan Sultan Idris – MPSI,pada 1922) di Perak.
2. Sekolah Cina
a) Kurikulum yang diajar selaras dengan dasar pendidikan yang diajar di Negara
China seperti kesusasteraan Cina klasik,Bahasa Cina,Ilmu Hisab, Sains,
Nyanyian, Lukisan dan Latihan Ketenteraan.Semua ini berasaskan
pengajaran Confucius.
b) Tenaga pengajaran didatangkan dari Negara China, biasanya mempunyai
kelulusan yang berbeza-beza dan ada yang tidak mempunyai kelulusan
perguruan.
c) Pada mulanya sekolah Cina dibiayai atau diusahakan secara persendirian
oleh masyarakat Cina melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuanpersatuan
Cina.
d) British sedar campur tangan dan pengaruh kerajaan Cina ke atas Cina di
Tanah Melayu semakin meluas.Maka pada tahun 1920,British
menguatkuasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah untuk mengawal perjalanan
dan penubuhan sekolah-sekolah cina.
e) Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.
f) Kerajaan Brtish mula beri bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina
mulai tahun 1923.
g) Terdapat sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 6
tahun seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.
3. Sekolah Tamil
a) Bermula pada pertengahan abad ke -19 hingga awal abad ke-20 akibat
kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang-ladang
getah,kopi,kelapa dan tebu.
b) Penubuhan awal sekolah Tamil bermula di negeri-negeri Selat ditumpangkan
di Sekolah Penang Free (1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.
c) Sekolah Tamil ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan
badan-badan sukarela.Kebanyakan didirikan di ladang-ladang getah di
bawah pengurusan estet (4-5 tahun sahaja ).
d) Kurikulum sekolah ini untuk memberi kemahiran asas, (3M- membaca,
menulis dan mengira ).Mata pelajaran lain termasuk Ilmu Hisab,Ilmu
Alam,Lukisan dan kerjatangan,Pengetahuan Am dan Pendidikan Jasmani.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
14
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
e) Sekolah Tamil condong kepada negara India – semua buku teks,kurikulum
dan kebanyakan guru terlatih dibawa dari India.
f) Pada tahun 1903 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia
dan mengawas sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan pada tahun
1923 dan diwujudkan semula pada 1983
g) Peruntukan bantuan juga ditambah dan pendidikan Tamil ini hanya peringkat
sekolah rendah sahaja.
4. Sekolah Inggeris
a) Sekolah Penang Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang
pertama di Asia Tenggara.Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826
kemudian di Singapura dan negeri-negeri Melayu yang lain.
b) Sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa penghantar Bahasa
Inggeris sepenuhnya.Sekolah ini biasanya terdapat di di bandar-bandar dan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang didirikan oleh
mubaligh Kristian,sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar
dan sekolah Inggeris persendirian.
c) Kurikulum sekolah ini berasaskan Senior Cambridge School Certificate
Examination yang disusun di England.Lulusan sekolah Inggeris mempunyai
peluang yang cerah dalam bidang pekerjaan.Firma-firma swasta juga
memerlukan tenaga kerja yang mempunyai lulusan sekolah Inggeris.
d) Kebanyakan pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada kaum Cina manakala
golongan Melayu terdiri daripada golongan atasan.Dua tahap pendidikan iaitu
peringkat rendah dan peringkat menengah.
e) Lulusan sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat
diploma di Maktab Perguruan King Edward VII di Singapura (1921),Maktab
Raffles (1919) atau ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Dasar pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di
Tanah Melayu telah berkembang secara berasingan.
2. Ini menjadi sebab bermulanya sikap perkauman dan kurangnya interaksi antara
kaum di Tanah Melayu.
3. Namun demikian kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang
seragam dengan memperkenalkan Rancangan Cheeseman,Laporan Fenn-Wu
dan seterusnya Laporan Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum di Tanah Melayu
SESIAPA MAHU COPY & PASTE...SILAKAN...
Ahad, 9 September 2012
SOALAN 3 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012
3. Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap
pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.
A. Pengenalan (2 @ 3M)
1. Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa
pembaharuan di Sarawak, tetapi bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh
Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana
kedudukan mereka terjejas. Lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau
Brooke keluar dari Sarawak.
2. Sementara Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai Sabah telah
melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan
yang dilaksanakan oleh SBUB ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerana mereka telah kehilangan
hak dan kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah
mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBUB di Sabah.
B. Isi (20 M)
1. Tindakbalas di Sarawak (10m)
a) Penentangan Rentap (1853)
i. Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban
yang terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu
atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan terpengaruh di hulu
Sungai Sekrang.
ii. Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana
James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di
sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan.
Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk
menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang
merupakan amalan tradisi orang Iban di Sarawak.
iii. Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu
British di Sekrang dan menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan
Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh
Rentap di kalangan orang Iban semakin kukuh.
iv. Pada tahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari
dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap
dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Bukit
Sadok.
v. Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan
beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok, tetapi gagal
menawannya. Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya telah
berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.
vi. Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan
meneruskan perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak
sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
9
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
b) Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)
i. Sharip Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun
1849. Beliau amat berpengaruh di kalangan orang-orang Malanau dan
Iban.
ii. Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak
meletakkan Sarikei di bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit
di bawah pengawalan seorang pegawai British dan melucutkan
jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau
campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh
Charles Fox.
iii. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang
pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar
Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke
pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas
penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam
terhadap pemerintahan Brooke.
iv. Pada tahun 1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan
Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di
Serawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur telah
menyerang Kanowit dan menyebabkan dua orang pegawai British
termasuk Charles Fox telah terbunuh.
v. Kejayaan ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul
Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan
semua orang Belanda seterusnya mara ke Kuching untuk memusnahkan
pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.
vi. Malangnya rancangan ini diketahui oleh Brooke. Sementara Dato Patinggi
Abdul Ghapur pula ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
vii. Pada tahun 1860, Sharip Masahor mara ke bandar Kuching dan
bertembung dengan tentera Britsh yang dipimpin oleh Charles Brooke di
Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.
viii. Sharip Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang
dan akhirnya Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke
telah menyerang dan memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip
Masahor di Sarikei.
ix. Sharip Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada tahun 1861. Satu
rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan Brunei.
Melalui rundingan ini, Sultan Brunei meminta Sharip Masahor
meninggalkan Mukah. Sharip Masahor akhirnya bersetuju menjadi orang
buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun
1890.
c) Penentangan Banting (1895)
i. Banting merupakan penghulu orang-orang Iban di Hulu Sungai Batang
Lupar.
ii. Beliau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba
menghapuskan amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan
kerajaan Brooke mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM7.20

10

sen kerana membawa masuk Tajau dan perkakas tembaga ke Sarawak
tanpa membayar cukai.
iii. Bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke,
pada tahun 1895, Banting telah menyerang perkampungan Dayak di
Sukong dan menyebabkan 10 orang terbunuh.
iv. Akibat serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk
menangkap Banting antara tahun 1896-1902 tetapi gagal.
v. Banting telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak
selama 15 tahun. Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya
dikalahkan oleh tentera British dalam pertempuran “Bung-Ka”.
vi. Menjelang bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah.
Banting akhirnya berjanji akan menghentikan penentangannya terhadap
pemerintahan Brooke di Sarawak dan bersetuju membayar semua denda
yang dikenakan terhadapnya.
vii. Banting dan pengikutnya telah berpindah ke Sungai Lemboyan di Hulu
Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir hayatnya.
2. Tindak balas di Sabah (10m)
a) Penentangan Mat Salleh (1897)
i. Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di
Inanam Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan
pembesar yang mentadbir kawasan atau daerah di Hulu Sungai Sugut.
ii. Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di
Sabah apabila SBUB bertindak :
iii. Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di
Sabah dalam satu pentadbiran pusat.
iv. Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan
cukai yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil-alih hak
pemungutan cukai beliau.
v. Campur tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).
vi. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan
memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak
balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan
pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau, tetapi berjaya
dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.
vii. SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh.
Akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan
pengarah SBUB iaitu William Cowie di Menggatal pada tahun 1898.
Dalam pertemuan ini SBUB bersetuju memberi pengampunan kepada
Mat Salleh dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan
berkuasa di Tambunan.
viii. Walau bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil
semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah
menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikutnya telah
meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB di Sabah. Pada

11

tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan
pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh
telah terbunuh.
b) Penentangan Antanum (1915)
i. Antanum merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap
dirinya suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan
mereka.
ii. Penentangan kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap
pentadbiran SBUB di Sabah juga di kenali sebagai Kebangkitan
Rundum. Penentangan ini di kenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana
ia tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.
iii. Antanum menentang pentadbiran SBUB di Sabah apabila SBUB
bertindak :
Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat
kegiatan pertanian pindah.
Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai
ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang
Murut.
Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seekar setahun.
Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa
membayar gaji.
iv. Pada bulan Jun 1914, Antanum telah memimpin orang Murut
menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan
Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya
telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan
memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum.
Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.
v. Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan
serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan
ini, Antanum bersama–sama dengan 400 orang pengikutnya telah
terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam
pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.
C. Penutup (2 @3M)
1. Kegagalan penentangan kaum peribumi Serawak menentang pemerintahan
Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Serawak. Brooke
telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil pemerintah yang sah yang di
lantik oleh Sultan Brunei.
2. Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di Sabah
menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.

SOALAN 2 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012
2. Huraikan perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih dalam abad
ke-19.
A. Pengenalan. ( 2 @ 3 M)
1. Adat ialah peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah
masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi.
2. Adat Perpatih dan Adat Temenggung merupakan undang-undang tidak
bertulis dalam masyarakat Melayu tradisional.
3. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum
adat di Negeri-Negeri Melayu yang diturunkan dari generasi ke generasi
secara lisan.
B. Isi( 20 M)
Adat Temenggung
1. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik
iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiaannya berkuasa di Palembang
(Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang
kemudiaannya berkuasa di Pagar Ruyung. (Adat Perpatih)
2. Adat Temenggung tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 15 dan adat
Perpatih tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 17
3. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan
Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih.
4. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup, adat
istiadat dan hidup bermasyarakat.
5. Hukum adat ini dibawa masuk sekitar abad 15 M dan kemudiaannya
diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.
Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Sosial
1.Bersifat Matriarchal / Patriarchal (4 markah)
a) Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam
masyarakat
i. kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta.
ii. nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu.
iii. anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku
b) Dalam Adat Temenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai
kedudukan
i. anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta.
ii. susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki.
iii. lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.
iv. mengikut hukum syarak
2. Perkahwinan. ( 1 markah)
a) Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
6
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
i. bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anakanaknya.
ii. tempat kediaman atau rumah kemudiaanya menjadi hak isteri
iii. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua
beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiaannya berkuasa di
Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan
Sebatang yang kemudiaannya berkuasa di Pagar Ruyung. (Adat
Perpatih)
c) Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak
menggalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama
adalah dianggap bersaudara.
i. Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa
sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan.
3. Semangat kesukuan
a) Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan melalui suku. Setiap ahli keluarga
berasaskan kepada suku. Nasab mengikut sebelah ibu .
b) Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih. Nasab
mengikut sebelah bapa.
Politik
1. Pentadbiran
a) Adat Perpatih bersifat demokrasi. (2 markah)
i. kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak dan masyarakat
(perut)
ii. pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di
setiap peringkat.
ii. masyarakat akan memilih Buapak, Buapak akan memilih Lembaga,
Lembaga akanmemilih Undang dan Undang memilih dan melantik
Yang Dipertuan Besar.
iii. Perlantikan dari bawah ke atas
b) Dalam Adat Temenggung pemerintahan berbentuk autokrasi. ( 2 markah)
i. Pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh
pembesar dengan jawatan tertentu dan pembesar di peringkat
wilayah
ii. Sultan melantik pembesar.
iii. Ketua peringkat paling bawah ialah ketua kampung.
iv. Anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta.
v. Jika tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.
vi. Jika kedua-dua di atas tiada, maka Raja Bendahara akan menjadi
sultan.
vii. Bersikap diskriminotori.
viii. Perlantikan dari atas ke bawah

7

2. Perundangan
a) Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat
menyedarkan manusia,bertimbangrasa dan berunsur pemulihan.
i. kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti
rugi.
ii. ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan
dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan
memperolehi kembali gantian barangnya dan pembunuh akan
menanggung kehidupan keluarga mangsa.
iii. Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan
hukuman bunuh.
iv. Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain.
b) Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas.
i. hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh.
ii. raja akan menjatuhkan hukuman.
3. Ekonomi
a) Pembahagian Harta (2 M)
i. Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga.
ii. harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya
tanpa persetujuan ahli keluarga.
iii. harta milik suku perempuan – tidak ikut hukum syarak
iv. dalam Adat Temenggung harta milik individu.
v. pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan.
vi. harta diutamakan kepada pihak lelaki – ikut hukum syarak
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya.
2. Walau bagaimanapun kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud
yang sama untuk melindungi anggota masyarakat , hidup dengan
mematuhi kepada peraturan,berdisiplin, menghormati sesama manusia,
mematuhi adat istiadat.
3. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adatyang diamalkan pada
waktu dahulu (sekitar abad 17M) dan masih berlangsung hingga hari
inikhususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.

SOALAN 1 PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012
BAHAGIAN A
1. Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800
hingga 1895.
A. Pengenalan ( 2@3 M )
1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu
telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan
Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.
2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh
pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh
penghulu.
3. Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat
iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British,
Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret,
Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua
kampung.
B. Isi (20 M)
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri
a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai
oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang
tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa
mutlak.
b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh
pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri
kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing.
Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.
c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah berasaskan
Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh
Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran negeri yang terdiri
daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang
Sungai Ujong.
d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri,
raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang
raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan
pemberian peralatan kebesaran.
e) Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi
semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan
berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
seseorang raja/sultan mangkat, putera sulung sultan dari permaisuri yang
berdarah raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai
waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.
f) Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi mentadbir negeri
dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini, bakal sultan Perak
hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda. Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula
dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera baginda ataupun orang luar
sekiranya tidak ada putera baginda yang layak.
2. Peringkat Daerah / Jajahan.
a) Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa daerah/jajahan.
Pentadbiran daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan.
Mereka digelar Orang Besar-Besar.
b) Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan melalui surat tauliah yang
mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas dan mempunyai
kuasa penuh dalam daerah / jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan
pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam
surat tauliah yang dikurniakan raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan
bertanggungjawab kepada raja/sultan.
c) Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar daerah/ ketua jajahan
adalah sangat penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat rapat
dengan rakyat.Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan penting
sebagai perantaraan antara rakyat dengan sultan. Justeru itu, terdapat keskes
di mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di
Perak, pembesar daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa
menyingkirkan sultan yang mereka tidak sukai.
d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada
jumlah pengikutnya. Pembesar daerah dibenarkan memungut cukai didaerah
yang diperuntukan kepada mereka sebagai punca pendapatan.
3. Peringkat Kampung
a) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik
Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di
Kelantan.
b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih
akan dilantik oleh sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.
c) Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar daerah dengan
penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi
pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.

3

Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu selepas campur tanganBritish
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri.
a) Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu
telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan
kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.
b) Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan atas nasihat seorang
residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN).
Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli Melayu
dan ahli bukan Melayu.
c) Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan dalam pentadbiran
negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan tertinggi dan badan
kerajaan yang utama.
d) Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di mana beliau boleh
membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan
yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.
e) Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN hanya boleh dibuat
dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor Negeri-Negeri Selat
mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.
f) Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.
2. Peringkat Daerah.
a) Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran
daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai
Pemungut cukai dan Majistret.
b) Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan menjadi majistret bagi
mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat daerah.
c) Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga perbendaharaan
daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam dan
mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.
3. Peringkat Mukim
a) Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran yang lebih kecil iaitu
mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik di
kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai
pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang
Melayu dan mempunyai kelayakan pendidikan.
b) Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang
tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada
kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.

4

4. Pentadbiran Kampung
a) Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung.
Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih di
kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan
masyarakat kampung tersebut.
b) Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan mendapat
pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.
5. Pentadbiran bandar.
a) Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyediakan
dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga Kesihatan ialah
mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan
meluluskan pelan pembangunan.
b) Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga dan mengawal
kepentingan penduduk yang berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan
Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik untuk melindungi dan menjaga
kepentingan orang Cina.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah
berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih moden.Namun bagitu pada
dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih dikekalkan,tetapi fungsinya
telah diubah mengikut keperluan masa.
2. Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan tetapi bidang
kuasa mereka amat terbatas.

Isnin, 23 April 2012
TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bincangkan perubahan-perubahan sistem pentadbiran Tanah Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896.
Pada tahun 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha daripada Sir Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula di Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah Sistem Residen, Sultan menerima seorang Residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu.
Pengenalan Sistem Residen ini telah mewujudkan satu jawatan baru selepas Sultan iaitu Residen. Residen ini dilantik untuk menasihati Sultan-sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Beliau bertanggungjawab mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. Beliau juga bertugas membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan serta merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. Selain itu, beliau juga dikehendaki memperbaiki sistem perhubungan.
Di peringkat negeri, pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Negeri ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.
Di peringkat daerah, pentadbirannya diserah di bawah jagaan seorang pegawai daerah British. Pada peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau berfungsi sebagai pemungut cukai dan menjadi majlistret di peringkat daerah. Pegawai daerah juga bertanggungjawab menjaga perbandaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi ketua jabatan itu.
Setiap daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim pula. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu, British juga berhasrat melibatkan mereka dalam pentadbiran British. Mereka ini juga lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata dan mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Tugas mereka termasuklah memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata, menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata, menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan dan menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.
Seterusnya, di peringkat kampung, ia diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri-negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang.
Pada awal tahun 1890-an, sebuah Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan bagi mentadbir bandar Kuala Lumpur. Tugas lembaga ini adalah untuk mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, meluluskan pelan bangunan dan menjaga kebersihan bandar. Ahli-ahli lembaga ini terdiri daripada jurutera di Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis Daerah dan individu yang dilantik oleh Residen.
Pada tahun 1892, Frank Swettenham memperkenalkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Clementi menghantarkan cadangan ini kepada Pejabat Tanah Jajahan. Frank Swettenham dengan initiatifnya mendapat persetujuan dari Raja-raja Melayu. Akihirnya, pada 1 Julai 1895, Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan dan perjanjian ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1896 di mana persekutuan yang dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.
Di bawah sistem persekutuan ini, pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral telah berlaku. Sudahpun diketahui, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan merupakan persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya tetapi satu kesatuan politik. Kuasa pentadbiran dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur yang menjadi ibu negeri persekutuan. Semua keputusan penting berkaitan dengan keempat-empat Negeri-negeri Melayu berkenaan dibuat di Kuala Lumpur. Tiada terdapat pengagihan kuasa pentadbiran di antara negeri-negeri dan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persekutuan seperti Jabatan Keretapi, Jabatan Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Hal-ehwal Cina, Malay States Guides dan Jabatan Kewangan ditubuhkan. Residen Jeneral mempunyai kuasa atas perkara kewangan. Punca utama hasil, iaitu duti-duti atas eksport, berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Sir Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama bagi NNMB. Pemusatan kuasa ini mengakibatkan Sultan-sultan Melayu, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.
Di bawah persekutuan juga, Persidangan Raja-raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan. DURBAR membolehkan Sultan-sultan membincangkan kepentingan mereka bersama dengan pegawai-pegawai British. Persidangan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu. Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1897 di Kuala Lumpur. Sultan Idris dari Perak mengkritik pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Residen Jeneral. Baginda menggesa Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa. Baginda juga menggesa Kerajaan British untuk menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Kesimpulannya,penubuhan NNMB telah menyebabkan kuasa Sultan-sultan, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Sultan Idris dari Perak selalu mengkritik Kerajaan British atas tindakan ini dan mendesak Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa atau desentralisasi. Hasil usaha dari John Anderson, desentralisasi peringkat pertama dimulakan pada tahun 1904. Pada peringkat ini, Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1909. Selepas John Anderson, Guillemard dan Sir Cecil Clementi juga melaksanakan dasar desentralisasi masing-masing pada tahun 1920 dan 1930.
TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan Sistem Residen ke atas Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896.
Pengenalan
Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya.
Isi
1. Kesan negatif atau kelemahan Sistem Residen
I. Sultan kehilangan kuasa
Ø Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Sultan terpaksa akur dengan arahan Residen. Kuasa Sultan terbatas dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
II. Ketidakseragaman pentadbiran
Ø Tidak terdapat keseragaman pentadbiran antara Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tidak terdapat satu panduan yang jelas untuk diikuti oleh Residen dalam menjalankan tugasnya. Setiap Residen mentadbir dan sering bertindak mengikut budi bicara sendiri
Ø Sistem Residen di Perak ditentang kerana J.W.W Birch jahil dan mencampuri adat resam Melayu. Sebaliknya sistem Residen di Selangor dianggap berjaya kerana Hugh Low dan Frank Swettenham memahami adat resam Melayu
III. Tiada pengawasan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat
Ø Residen sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran.
Ø Tiada pemantauan terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Ø Jarak kediaman Gabenor yang jauh di Singapura yang jauh memberi peluang kepada Residen berkuasa sepenuhnya
IV Mencampuri urusan adat resam tempatan
Ø Residen melantik Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret.
Ø Mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar Melayu
Ø Menimbulkan kemarahan pembesar Melayu kerana kehilangan punca pendapatan
dan pengaruh
Ø Amalan hamba abdi juga dihapuskan dan tindakan ini sukar diterima oleh pembesar
Ø Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, dan Dato’ Kelana di Sungai Ujong bangun menentang Residen
V Jurang sosioekonomi antara kaum
Ø Tumpuan ekonomi British ialah terhadap kawasan perlombongan bijih timah
Ø Mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu
Ø Orang Melayu juga tidak mendapat peluang pendidikan yang meluas
VI Eksploitasi ekonomi oleh golongan pemodal Eropah dan Cina
Ø Kawasan perlombongan bijih timah baru telah dibuka dengan pesat terutama
di Lembah Kinta
Ø Kemasukan pemodal British dan Cina akhirnya mendominasi sektor perlombongan
Ø Hasil pengeluaran bijih timah meningkat kepaa lebih 15,000 tan pada tahun 1890
VII Pertambahan penduduk dan pembukaan bandar baru
Ø Perkembangan ekonomi menyebabkan British membawa masuk imigran Cina dan India bagi mengisi keperluan tenaga buruh dan sebagai golongan pemodal
Ø Menyebabkan pertambahan bilangan penduduk
Ø Ini diikuti dengan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan perlombongan dan getah misalnya Taiping, Kamunting, Kuala Kangsar, dan Kuala Lumpur
Ø Menjadi punca masalah pengasingan tempat tinggal antara Melayu, Cina dan India
Ø Orang Melayu masih kekal di kawasan luar bandar, Cina di bandar baru dan kawasan perlombongan manakala India di kawasan ladang getah
2. Kesan positif Sistem Residen
I. mewujudkan keadaan aman
Ø Menamatkan perebutan takhta antara pembesar Melayu
Ø Menamatkan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
Ø Mewujudkan keadaan aman melalui pelaksanaan undang-undang
Ø Kegiatan lanun dapat dikurangkan
Ø Lebih banyak pasukan polis ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy telah menambah anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut
Ø Mahkamah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan undang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India
II. Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri
Ø Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois, ditukar kepada Majlis Mesyuarat Negeri (1877)
Ø Dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan wakil pedagang Cina
Ø Peranan MMN:
· membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri
· tugas-tugas perundangan dan kehakiman
· sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati
· soal pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam
III. Perkembangan sistem pengangkutan
Ø Landasan keretapi pertama Taiping- Port Weld (1885) telah dibina
Ø Pembinaan landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport
Ø Jalan raya dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar baru
IV. Peningkatan hasil pendapatan negeri
Ø Perkembangan ekonomi meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta (1885). Hasil eksport meningkat kepada $9.6 juta (1885)
V. Penghapusan sistem hamba abdi secara menyeluruh
Ø Residen telah menghapuskan amalan perhambaan secara beransur-ansur
Ø
Kesimpulan
Pelaksanaan sistem Residen di Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mendatangkan banyak kesan positif dan negatif. Bagaimanapun, kehilangan kuasa Sultan dalam pentadbiran negeri dan pelbagai kelemahan lain dalam pelaksanaan sistem Residen akhirnya mendorong British untuk melakukan pemusatan pentadbiran melalui penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
Langgan:
Catatan (Atom)